Wednesday, May 26, 2010
Thursday, May 6, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Terima Kasih Sayang

Terima kasih buat Sayang, abang ucapkan. Selama hampir 6 bulan kita berjuang demi mencapai cita-cita cinta kita, Sayang telah banyak mengajar Abang erti kesabaran, tangungjawab dan kejujuran. Abang akui akan kelemahan abang dalam memikul peranan sebagai sang kekasih, kini dan seterusnya Abang akan usaha memperbaikinya.
Terima Kasih Sayang, biarpun terlalu banyak tekanan yang Sayang hadapi, namun keyakinan Sayang masih kukuh bersama Abang. Terlalu pedih untuk Abang terlihat titis airmata Sayang. Simpanlah airmata itu, agar titisnya mengalir membasahi pipimu disaat Abang melafazkan "AKU TERIMA NIKAHNYA"
“Ya Allah satukanlah kami berdua, dan anak-anak penyeri jiwa, di dalam kebaikan, dengan kebaikan, untuk kebaikan, dengan Rahmat-Mu ya Arham al-Raahimeen… Ameen!”
Terima kasih Sayang, Sayanglah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenali erti sebenar nilainya berkasih.. terlalu besar nilai yang Sayang tanam dihati ini.. terlalu kukuh berakar umbi di hati ini. Agungnya nilai ini tiada tandingnya.
Terima kasih
Sayang, hadirmu disisi Abang cukup menenangkan. Ketenangan yang sukar untuk Abang lepaskan. Sejak kita mengenali, hidup Abang terisi dengan kebahagiaan yang selama ini Abang tercari-cari hingga tersesat. Abang pernah berputus asa dengan diri dan masa depan, tiada apa yang Abang impikan, tiada apa yang abang harapkan.. hidup ibarat layang - layang terputus talinya.. Syukur pada Allah, kerana menemukan kita. Layang- layang yang terputus talinya itu, kini terbang kembali megah membelah awan, menuju ke lelangit dunia. Lihatlah dunia layang- layang ini telah bertemu talinya. Sayang dirimu lah tali itu.... Sama - sama lah kita simpul matikan ikatan antara kita, biar tiada apa cara pun untuk dirungkaikan.Terima kasih Sayang, sepanjang kita bersama ini, terlalu banyak dugaan yang menjengok, biar tidak langsung diundang. Kekadang Abang terlepas kata, tercangung laku sehinggkan gugur mutiara keriba. Bukan terniat langsung untuk membuat Sayang begitu. Sekuat semampu Abang cuba menjadi yang terbaik untuk kebahagiaan Sayang. Bimbinglah Abang, tegurlah Abang.. Abang redha. Ada ketika pemimpin perlu ditunjuk cara, diberi kesedaran.
Di Ulangtahun Kasih kita ini , doa ini yang Abang tadahkan memohon dariNya:
"Ya Allah, aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa harta dunia mahupun memperuntukan waktu yang panjang buat kesayanganku ini. Ingin sekali untuk aku memberikannya sesuatu, namun apakan dayaku. Kudratku hanya satu. Kewajipanku beribu. Ya Allah, aku mohon padaMu dengan sesungguh-sungguhnya, engkau peliharalah kesayangan aku, engkau jadikan dia calon kekasihMu di dunia ini dan akhirat nanti, Engkau berikanlah dia harta akhirat untuknya. Engkau bahagiakanlah dia. Engkaulah Maha Pemilik segalanya."
Terima Kasih Sayang

hampir 6 bulan kita berjuang demi mencapai cita-cita cinta kita, Sayang telah banyak mengajar Abang erti kesabaran, tangungjawab dan kejujuran. Abang akui akan kelemahan abang dalam memikul peranan sebagai sang kekasih, kini dan seterusnya Abang akan usaha memperbaikinya.
Terima Kasih Sayang, biarpun terlalu banyak tekanan yang Sayang hadapi, namun keyakinan Sayang masih kukuh bersama Abang. Terlalu pedih untuk Abang terlihat titis airmata Sayang. Simpanlah airmata itu, agar titisnya mengalir membasahi pipimu disaat Abang melafazkan "AKU TERIMA NIKAHNYA"
“Ya Allah satukanlah kami berdua, dan anak-anak penyeri jiwa, di dalam kebaikan, dengan kebaikan, untuk kebaikan, dengan Rahmat-Mu ya Arham al-Raahimeen… Ameen!”
Terima kasih Sayang, Sayanglah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenali erti sebenar nilainya berkasih.. terlalu besar nilai yang Sayang tanam dihati ini.. terlalu kukuh berakar umbi di hati ini. Agungnya nilai ini tiada tandingnya.
Terima kasih
Sayang, hadirmu disisi Abang cukup menenangkan. Ketenangan yang sukar untuk Abang lepaskan. Sejak kita mengenali, hidup Abang terisi dengan kebahagiaan yang selama ini Abang tercari-cari hingga tersesat. Abang pernah berputus asa dengan diri dan masa depan, tiada apa yang Abang impikan, tiada apa yang abang harapkan.. hidup ibarat layang - layang terputus talinya.. Syukur pada Allah, kerana menemukan kita. Layang- layang yang terputus talinya itu, kini terbang kembali megah membelah awan, menuju ke lelangit dunia. Lihatlah dunia layang- layang ini telah bertemu talinya. Sayang dirimu lah tali itu.... Sama - sama lah kita simpul matikan ikatan antara kita, biar tiada apa cara pun untuk dirungkaikan.Terima kasih Sayang, sepanjang kita bersama ini, terlalu banyak dugaan yang menjengok, biar tidak langsung diundang. Kekadang Abang terlepas kata, tercangung laku sehinggkan gugur mutiara keriba. Bukan terniat langsung untuk membuat Sayang begitu. Sekuat semampu Abang cuba menjadi yang terbaik untuk kebahagiaan Sayang. Bimbinglah Abang, tegurlah Abang.. Abang redha. Ada ketika pemimpin perlu ditunjuk cara, diberi kesedaran.
Di Ulangtahun Kasih kita ini , doa ini yang Abang tadahkan memohon dariNya:
"Ya Allah, aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa harta dunia mahupun memperuntukan waktu yang panjang buat kesayanganku ini. Ingin sekali untuk aku memberikannya sesuatu, namun apakan dayaku. Kudratku hanya satu. Kewajipanku beribu. Ya Allah, aku mohon padaMu dengan sesungguh-sungguhnya, engkau peliharalah kesayangan aku, engkau jadikan dia calon kekasihMu di dunia ini dan akhirat nanti, Engkau berikanlah dia harta akhirat untuknya. Engkau bahagiakanlah dia. Engkaulah Maha Pemilik segalanya."
Monday, May 3, 2010
Rutin Pagiku
setelah selesai segala urusan diri .. aku akan uruskan soal anak... dari perkakasan sekolah, diri hinggalah sarapan.. seperti kebiasaan aku akan turut ke sekolah, memimpin anak hingga ke kelas. dipisahkan antara kami sementara waktu dengan salam dan ciuman. Aku sentisa titipkan pesanan " Jadilah kamu anak yang baik, belajarlah bersungguh - sungguh, baik - baik sayang". Langkah seterusnya.. aku bersarapan pagi, menu pagi cukup untuk menghadirkan tenaga buat aku bekerja nanti.. berangan sejenak, nanti sarapanku pasti disediakan oleh Sayangku, tidak perlu lagi aku menyebut apa yang aku mahu seperti di kedai mamak ini. Setiap keinginanku, Sayangku sudah tahu. Makanku dan minumku... mmmm... menghabiskan sarapan berseorangan cukup melemaskan, hanya angan2 menjadi teman bicara pagiku ini...
Kini jam sudah berdetik 9.
00 pagi. aku telah melabuhkan diri di kerusi pejabatku. rutinku pesanan ringkas SMS, ucapan selamat pagi Sayang tidak pernah aku abaikan.. ku titip ucapan pagiku buat kesayanganku... Aku kini tenang, melaksanakan tugasanku.. pasti nanti setelah Sayangku tersedar dari lena, telefonku akan menjerit... ku akan dengar suara nya.. ohhhh... bahagianya aku..... rama-rama didalam hati ku terbang keriangan bermain - main dengan sinar mentari...
Sunday, May 2, 2010
Diminggu Pasang Surut Airmata
Menyelami semula 7 hari yang lepas. Kini aku sedari, diri ku ini insan yang dipenuhi kesabaran. Kekuatan itu entah dari mana usulnya. Dari pengalaman atau dari peristiwa - peristiwa yang sentiasa cuba merobek amarahku. Cubaan yang menimpa aku kadang-kadang menjadikan aku bersedih tetapi hendaklah kesedihan itu dihadapi dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah, supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan. Kegembiraan aku adalah kamu, sayang.. Raihlah kegembiraan ini dengan hati yang lapang, dengan jiwa yang tenang, dengan keyakinan yang terjulang..
Kisahku diminggu yang lalu
ada pasang surut air mata.. aku pasrah dalam penuh keyakinan cinta ini pasti dipenghujungnya dirahmati dengan anugerah sebuah keluarga yang bahagia. Tetap!! Kaulah ibu pada zuriatku, Kaulah disisiku yang bisa menongkatku saat aku lemah, yang bisa menjadi penenang saat ku gundah. Dimensimu adalah aku..
Saturday, May 1, 2010
Wednesday, April 28, 2010
Abang Mahu Berumahtangga

Ya, abang mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Abang berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan abang di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya abang menerima apa-apa kebaikan dari sayang, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.
“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak jangkakan sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”.
Nasihat ini abang pegang hingga hari ini.
Tuesday, April 27, 2010
Al-Fatihah

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Allahyarham Adik Aminulrasyid. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh arwah.









